Epsom Salt & Kelebihannya
- animfms86
- Jul 2, 2019
- 1 min read

Baru2 ni saya baru je terbaca pasal EPSOM SALTS ni masa tengah scroll mencari cara nak buang toksin dalam badan.
Ye la kan......saya ni ada masalah ketembaman skit 😂. Maknenye, banyak la toksin / toksik dalam badan ni.
EPSOM SALTS ni saya beli dari GUARDIAN, rasenye kebanyakan farmasi ada jual EPSOM SALTS ni (cth: Watson).
Tak mahal mana pun, dalam RM8.35 je untuk 375g.
Malam tadi dah try buat rendaman kaki untuk keluarkan toksin / toksik dari kaki. Harap2 banyak la toksin / toksik ni keluar dr badan (penuh dengan harapan😊)

Tak lama pun rendam kaki, buat dalam 15 min pun dah cukup dah. Lepas tu pastikan cuci balik kaki tau. Jangan dibiarkan garam ni lama2 kat kulit.
Kalau nak satu badan, kene la berendam dalam kolam yang dah ditabur garam + air suam ye.
SEDIKIT INFO MENGENAI EPSOM SALTS

â–ºEPSOM SALTS berasal dari daerah Epsom, Surrey, England.
â–ºIa adalah sebatian mineral semulajadi yang terdiri daripada MAGNESIUM dan SULFAT.
â–ºseringkali dikenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.
â–ºMAGNESIUM dan SULFAT mudah diserap ke dalam kulit.
â–ºApabila dilarutkan dalam air, MAGNESIUM memainkan peranan seperti mengawal aktiviti enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan mampu mencegah pengerasan arteri.
â–ºSULFAT pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
PERANAN EPSOM SALTS DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN
Untuk perhatian korang semua, EPSOM SALTS dapat membantu menurunkan berat badan.
Seperti kita semua tau, salah satu sebab berat badan bertambah disebabkan oleh terlalu banyak toksin terkumpul dalam badan.
EPSOM SALTS terdiri daripada MAGNESIUM dan SULFAT yang berfungsi membantu membuang lebihan toksin dalam badan dan sekali gus menjadikan badan lebih sihat dan cergas.
MaryK Beauty Consultant Hanim (ID: 218349MY)
www.wasap.my/60133710430
Comments