NH Colla-Plus 5000mg Collagen - Beauty Drink Formula
- animfms86
- Jun 28, 2019
- 2 min read

Kaum wanita ni memang suka kan kecantikan. Termasuk la diri saya ni ha. So.....untuk dapatkan kulit yang cantik dari sudah semestinya pengambilan KOLAGEN sangat penting kan?? Nak bagi ketat kulit la katakan hihihi.......🤭🤭🤭
SEDIKIT INFO MENGENAI KOLAGEN
- dari MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -
Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia.
Jaringan kolagen merupakan struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung haiwan-haiwan tersebut. 1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen.

Kenapa Kolagen Penting Untuk Manusia?
Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.
Kolagen memainkan peranan penting terhadap TULANG. Komponen tulang sendiri terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hydroxyapatite. Gabungan kedua-duanya memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang.
Fiber kolagen yang juga terdapat pada OTOT kita menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk bergerak dan menjalankan fungsinya sepanjang hari.
Dinding SALUR DARAH tubuh kita juga terbina daripada kolagen yang mana ia memberikan struktur, kekuatan dan fleksibiliti dalam menjalankan tugas menyalurkan darah ke seluruh tubuh.
NH Colla-Plus 5000mg Collagen - Beauty Drink Formula
Berbalik kepada NH Colla-Plus 5000mg Collagen Beauty Drink Formula.......saya dah mula amalkan sejak 2 bulan yang lepas. Rase kolagen ni sedap gak....ada la masam2 skit.
Saya mula minum sejak timbul kesedaran mengenai semakin berkurangnye kolagen dalam kulit sejak umur makin meningkat ni. Almaklum la...dah masuk 3series ni kan 😜
Kolagen jenama NH ni boleh didapati di Guardian tau. Harga pun antara yang termurah gak la. Saya beli dalam RM143.00 masa Guardian buat promosi beli 2 kotak (20botol/kotak) bulan Mei lepas.
Sejak amalkan minum kolagen ni, saya perasan kulit nampak lebih clear, glow, kurang jerawat tau! Bila tengok muka kat cermin, rase..eh lain macam bersinar kulit muka nih. kalau dulu kene tepek bedak putih nak bagi nampak glow skit tau....hahaha😂😂😂. Parut jerawat pun makin pudar, kalau x dulu sakit hati je tengok parut keliling mulut ni (p/s: jerawat selalu naik atas bibir dan dagu). Bila ambil gambar selfie pun nampak cantik je kulit (angkat bakul sendiri...hahaha).


Selain dari kecantikan luaran (saya pengguna Mary Kay), kecantikan dalaman pun penting gak tau! Kolagen ni bukan setakat untuk kulit je tau...... ia pun sangat bagus untuk tendon, tulang, membran dan tisu penghubung kita.
Ingat tu!
MaryK Beauty Consultant Hanim (ID: 218349MY)
www.wasap.my/60133710430
Yorumlar