top of page

Perjalanan Hidup Saya Sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay

  • Hanim
  • May 25, 2018
  • 2 min read

Assalammualaikum semua......

Saya, Faridahanim atau lebih dikenali sebagai Hanim. Baru pertama kali join blog ni.....hihihi. Seperti kebanyakan gadis-gadis kat luar sana, saya pun inginkan kulit wajah yang bersih, cerah dan cantik berseri seperti artis-artis popular. Tapi, nak cari yang selamat dan tidak merosakkan kulit wajah tu memang agak 'tricky' sikit la. Pelbagai produk kecantikan yang berlambakan di luar sana telah saya cuba, tapi tiada yang bersesuaian dan tidak memberi kesan seperti yang inginkan.

Pada tahun 2017, saya mula perasan kewujudan produk kecantikan jenama Mary Kay (padahal Mary Kay dah wujud dari tahun 1963 lagi & kat Malaysia sejak tahun 2000 tau!). Melihat banyak iklan atau post mengenai Mary Kay di laman-laman sosial, mula menarik perhatian saya. Bagaimanapun, hanya pada bulan November 2017 saya mula serius ingin mencuba produk Mary Kay. Saya menghubungi rakan sepejabat saya yang kini merupakan recruiter saya, Norimah untuk meminta nasihat mengenai produk Mary Kay yang bersesuaian dengan kulit saya dan seterusnya mendaftar sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay.

Pada penghujung November 2017, saya mengikuti kelas ESRS (Essential Steps to Reach Success). Masa ni, kulit tak cantik lagi (kulit saya jenis sensitif & ekzema).

Selfie dalam kelas ESRS dgn rakan sekelas (saya yang free hair tu....hihihi)

Sebelum ikuti kelas, saya dah dapat starter kit Mary Kay untuk memulakan kerjaya sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay.

Starter Kit - Timewise set

Maka dengan ini bermula la perjalanan hidup saya sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay (Part time). Sikit-sikit saya tambah produk kecantikan untuk mencantikkan diri sendiri dulu.

Alhamdulillah, memang saya tidak menyesal memilih Mary Kay sebagai produk penjagaan kulit wajah saya tau. Kulit wajah saya kini dah semakin sihat dan cantik (angkay bakul sendiri...hahahaha).

Berbeza tak?? Hihihi

Bukan sahaja kulit sihat & cantik yang saya dapat, pelbagai hadiah dari recruiter, sale director & Mary Kay pun turut dapat. Memang tak tergambar kegembiraan bila dapat hadiah ni (sape la yang tak suka hadiah kan). Boleh dikatakan hampir setiap bulan dapat hadiah FREE!

Kad ucapan birthday dr Mary Kay + Voucher birthday RM50 tau!
Hadiah dari recruiter - berjaya selesaikan cabaran
Terima hadiah sebagai pemenang make up terbaik
Hadiah setelah berjaya selesaikan cabaran NBC Mary Kay
Hadiah istimewa dari recruiter
FREE gift dari Mary Kay sempana Career Conference 2018
Terima hadiah dari SD Nadzirah
Bakal dapat hadiah dari Mary Kay sebagai TOP 300 participant dalam pertandingan make up....hihihi

Sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay, tugas saya mudah je. Sharing tips2 kecantikan & teknik yang saya belajar dengan awak2 di luar sana........ dan saya sangat seronok kalau dapat bantu setiap wanita rasa hebat dan cantik.

PM saya Hanim untuk dapatkan FREE samples, FREE facial, FREE nasihat kecantikan & utk dapatkan info kerjaya sebagai Perunding Kecantikan Mary Kay.

Jom join saya sebagai Perunding Kecantikan yang diiktiraf oleh Mary Kay.

Perunding Kecantikan Mary Kay Hanim (ID: 218349MY) www.wasap.my/60133710430

Comments


©2018 by Perunding Kecantikan Mary Kay. Proudly created with Wix.com

bottom of page